Download [0]
Kasih Tuhan
4.47
Marilah kepadaKu
wahai hamba-hamabKu
Bersegeralah pulang, ke pangkuanKu
Aku tetap menerimamu
percayalah padaKu
Kamu hamba ciptaanKu
Lemah dan lalai adalah watakmu
Aku mahu akuilah kelemahan itu
Setiap kali bersalah kamu datang padaKu
Mengakulah bersalah
Menangislah di depanKu
Tanda penyesalan yang tidak sudah
Ketahuilah wahai hambaKu
Rintihan orang yang berdosa
Lebih Aku cintai daripada tasbih para Aulia'
Jangan bertangguh-tangguh lagi
Siapalah yang tidak bersalah
Kamu adalah hamba
Aku suka orang yang mengaku salah
Aku cinta pada orang yang bertaubat
Wahai hamba-hambaKu
Minta ampunlah kepadaKu
Aku tetap menerimamu
Bukankah Aku Tuhanmu
KasihKu kepadamu
Melebihi kasih ibu kepada anaknya
Begitulah kehendak Allah
Kepada hamba-hambaNya
Mengikut keterangan
Al-Quran dan As-Sunnah




0 comments:
Post a Comment